Tiba-tiba dapat panggilan dari Batu balai, kata ada kenduri kahwin pada cuti wesak nanti. Rasanya sebelum ni kata nak kahwin masa cuti hari raya. Tapi cuti rayapun tak lama. Lepas tu kena dipercepatkan. Yusri akan berkahwin. bakalnye pulak cikgu jqaf. Jadi bertambahlah cikgu jkaf dalam famili. Kak ros suami isteri jqaf, zura, kak nor, udin dan ini menantu pulak.
Juga pada masa cuti sekolah nanti iaitu pada 12 Jun 2010, kak yan akan naik pelamin.. tahniah buat anak-anak sedaraku yang akan makan nasik minyak. Pada hari yang sama majlis sambut menantu dari felda waha. Meriah le nanti.
Masa cuti tu jugak umi akan menghadapi peperiksaan PTK.
Mungkin juga kak long akan melancong ke Medan.
Angah pulak akan ke Melaka ,mewakili MRSM lik lau dalam perlawanan ragbi.
Semoga kenduri dan percutian memberi seribu kenangan kepada umi dan keluarga.
No comments:
Post a Comment