motivasi diri

jangan berjalan depan saya, saya tak dapat ikut...
jangan berjalan belakang saya, saya tidak boleh menjadi ketua yang baik
berjalanlah disebelah saya,kerana kita dapat bekerja bersama-sama...

Thursday, April 29, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Alhamdulillah, hari ini tanggal 29/4/2010 umi dan guru-guru dari daerah timur laut di pulau pinang menerima anugerah cemerlang untuk tahun 2009. Seramai 494 pendidik dan kakitangan sokongan menerima APC pada hari ini.APC dijalan di dewan bangkuet Sun Shine Square, PP. Ini lah agaknya standard seorang pendidik.

Ini adalah APC kedua bagi ku yang berkhidmat sebagai seorang guru di SMKA(P)Almashoor.
Bersama-sama meraikan kegembiraan ini azah, rosmaizar, norhayati, dan siti zaleha(pembantu makmal).

Sungguh teruja sebab dalam majlis APC turut dihadiri delagasi dari Pattani Thailand yang datang membuat lawatan ke Pulau Pinang.

Majlis diserikan dengan persembahan pemain viola cilik. Sungguh kagum dengan gaya dan lagaknya yang bersahaja. Menyampaikan lagu-lagu instrumental satu malaysia iaitu lagu cina, hindi dan lagu melayu asli...Persembahannya memang menggamatkan dewan.Insyaallah akan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh... terima kasih semua.

Friday, April 16, 2010

Kenduri Kahwin Dan Cuti....

Tiba-tiba dapat panggilan dari Batu balai, kata ada kenduri kahwin pada cuti wesak nanti. Rasanya sebelum ni kata nak kahwin masa cuti hari raya. Tapi cuti rayapun tak lama. Lepas tu kena dipercepatkan. Yusri akan berkahwin. bakalnye pulak cikgu jqaf. Jadi bertambahlah cikgu jkaf dalam famili. Kak ros suami isteri jqaf, zura, kak nor, udin dan ini menantu pulak.

Juga pada masa cuti sekolah nanti iaitu pada 12 Jun 2010, kak yan akan naik pelamin.. tahniah buat anak-anak sedaraku yang akan makan nasik minyak. Pada hari yang sama majlis sambut menantu dari felda waha. Meriah le nanti.

Masa cuti tu jugak umi akan menghadapi peperiksaan PTK.
Mungkin juga kak long akan melancong ke Medan.
Angah pulak akan ke Melaka ,mewakili MRSM lik lau dalam perlawanan ragbi.

Semoga kenduri dan percutian memberi seribu kenangan kepada umi dan keluarga.