Kami sekeluarga sempat lagi pada tahun ini menyambut kedatangan Aidil Adha di kampung halaman sebagaimana pada tahun-tahun sebelum ini.
kali ini sambutan di Batu Balai agak meriah kerana buat korban lembu eyo dan kawaan-kawannya. Mok Bidah dengan pok Su berkorban...
umi pulak bekorban di Pengkalaan Chepa, bersama ayah ngah, abe khir dan lain-lain. Terpaksa la che wo wakilkan umi sebab abah dan anak-anak tak nak balik ke PC...
Di PC pulak suasana raya dalam keadaan kelam kabut sikit, sebab macam-macam agenda dimasukkan sekali semasa sambutan hari raya pada tahun ini.
Pada raya kedua bila umi sampai aje di rumah, tengok ayah chik dah pun sampai.
Lepas tu ada acara sembahyang sunat hajat di rumah mok teh, berdoa semoga mak andak(isteri abe nd) selamat bersalin dengan baik, sekarang dahpun masuk lapan bulan kandungannya.
Bila scan doktor kata kandungannya songsang... tak apa sebab sekarang dah moden dan ada macam-macam peralatan... harap-harap semuanya akan selamat.
Pagi hari raya ketiga mak tam(kak ti) asraf dan abe nd bersama isteri balik ke destinasi masing-masing. Rasanya dalam kul 10.30 kut. Dalam kul 2.00 ptg kak ti call katanya baru dok kat keroh... jalan nak blik kl jem gileer... tu la tak bwak roti sangat.
Pagi tu jugak kita orang bersedia pulak untuk agenda seterusnya iaitu ada rombongan nak merisik kak yan pulak... umi,kak pah dan anak-anak ke Hypermarket pantai timur beli peralatan nak buat triffle untuk bagi pada rombongan tu nanti.
Kami masak dengan chik dah (adik umi yang bongsu)sekali.
Petang masa majlis nak berlangsung berkumpul lah kami yaang mana ada, ayah ngah,pak muda ngan anak-anak. Nak tau apa yang pok muda bawa untuk buat pembasuh mulut...triffle juga tapi dalm bekas kecik-kecik, apa pulak kuih yang rombongan tu bawa juga triffle... weh... apa nak jadi ni sema fikir nak buat benda yang sama... tentu adaa keserasian kata kak chik pulak...
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas... yang tak syoknya jejaka idaman yang merisik kak yan tak datang jadi kami tak daapat nak kenallah.
Tapi tak apa masa masih panjang...
Hari raya keempat iaitu pada isnin kita orangpun balik ke Penang.Nasib baik jalan clear... hujapun sekejap aje.
Bila call kat kg pada 5.30 petang nak maklumkan kesampaian kami sekeluarga ke Penang, ayah teh kata hujan tak berhenti dari pagi lepas kami bertolak. Sekian perjalan Kami pada kali ini, nanti sambung lagi sebab kami akan balik kampung lagi pada 11/12/2009 ada agenda yang lebih besar sedang menunggu.... tungguuuuuu...
No comments:
Post a Comment