motivasi diri

jangan berjalan depan saya, saya tak dapat ikut...
jangan berjalan belakang saya, saya tidak boleh menjadi ketua yang baik
berjalanlah disebelah saya,kerana kita dapat bekerja bersama-sama...

Monday, December 28, 2009

Bercuti Ke Pulau Langkawi

di atas jambatan gantung di gunung mat chinchang
Dalam cabel car

Di Under Water Wall



Di makam mahsuri













Sempena cuti menyambut hari Natal kami sekeluarga telah mengambil peluang untuk bercuti dengan keluargaa di Pulau Lagenda. Percutian yang tidak dirancang, sebab umi masih lagi mark paper SPM dan belum siap. Atas desakan semua umi terpaksa mengalah dan ikut serta dalam percutian tersebut selama 3 hari dua malam. sampai aje di jeti Kuala Kedah tepat jam 12.00 tengah hari. Beli tiket feri yang terawalpun pada jam 2.30 petang. Terpaksa lee lepak dulu kat situ. Dalam keadaan hingar bingar, dengan sakit kepala dan sebagainya.





Fikir pula nanti kalu dah sampai nak dok mana, nak naik apa ... Akhiir nya jumpale dengan agen yang ada disitu untuk bertanyakan tentang bilik hotel dan kereta sewa... Macam-macam pandangaan dari satu kaunter ke satu kaunter yang lain... harga bilik bukan main lagi, siap ada surcage musim perayaan. Akhirnya kami menemnpah hotel Bahagia, ingatkan tentulah bahagian namun hampeh... bilik kocik ajee. Anak-anak tak puas hati... buat tak tau aje leerr.





Sampai aje siap dapatkan kete, wira you... enjin turbo lagi.





Lepas mandi dan solat mana lagi tempat tujuan, udah tentula ngisi perut yang kekosongan... pi mai pi mai makan kat kedai mamak juga... Cite rase penang jugak.





Lepas tu mana lagi kalu dok pi pekan kuah. Tentulah ronda kedai pinggan mangkuk HIG, Ram.





Last beli coklat balik... sebab adik kata dia dah loteh.





Esok pagi-pagi dah bersedia untuk meneruskan perjalanan:





1. makam mahsuri sebab adik kata dia tak pi lagi, oghe lain kena ikut jee.





2.Galeria Perdana





3. Pantai pasir hitam





4.Telaga tujuh, disini jumpa dengan Ustaz Salleh dan keluarga.Ingat nak pi langkawi cable car, ustaz kata oraang berbaris panjang berbatu-batu.... sebab jalan kat situ batu, kalu kayu berkayu-kayu...heee.





Naik ke telaga tujuh, satu aje yang sampai, itupun dah nak pengsan dibuatnya... adik siap mandi di air terjun kawasan tersebut.





Lepas tu dengan semangat menggunung kami ke





5. under water wall, nak tengok ikan macam tak pernah tengok ikan pulak.





Makan tengah hari dan terus balik ke hotel sebab sema dah letih. Petang keluar pulak, mana lagi ke dataran lang leee ambik gambor sambil cuci mata dikedai bebas cukai di jeti kuah.





Lepas tu ke idaman suri, dah masuk mestilah rambang mata... beli jangan tak beli. Ikutkan hati sema nak beli tapi ingatkan nak bawa susah dan ongkos banyak nak guna masa buka sekolah nanti,, umi tabahkan hati. Beli le juga sudu , garfu, senduk dan satu set cawan.





Balik tidoq.





Esok pulak pagi-pagi dah bersiap nak ke cable car takut orang ramai, sampai sana pukul 8.00 pagi orang dah beratur, caunter buka kul 9.30pg. Penat beratur...dah sampai masa naik cable car tuhan aje yang tau.Akhirnya sampai jugak... dan sia lagi naik jambatan gantung .Angin kuat gileeer.





Tengok lah gambar kami sekeluarga di Pulau Lagenda....25 hingga 27 Disember 2009.










Saturday, December 19, 2009

balik kampung dan kenduri kahwin...


Abah, achik dan hajar


Kak Ti










Mohd roy sedang bersedia untuk akad nikah...yang berjanggut tu
ayahanda mentua ...










Tanggal 11 Dis, kami sekeluarga telahpun pulang ke kampung. Kali ni berlainan sikit sebab kita orang balik pada waktu petang dan sudah tentulah perjalanan pada waktu malam.Alhamdulillah kami selamat sampai di kampung tepat pada jam 11.30 malam
Esoknya bermulalah segala persiapan untuk kenduru kahwin kak ti atau mak tam
Pada pagi 13 Dis bermulalah detik bersejarah dalam hidupnya... iaitu majlis akad nikah telah berlangsung di masjid panji pada jam 11.00 pagi. Dengan tiga kali lafaz mak tam dah selamat jadi isteri kepada mohd roy...










Kenduri berlangsung dengan gilang gemilang... lihat gambar-gambar kenangan majlis tersebut.

Monday, November 30, 2009

Aidil Adha Kembali lagi

Kami sekeluarga sempat lagi pada tahun ini menyambut kedatangan Aidil Adha di kampung halaman sebagaimana pada tahun-tahun sebelum ini.

kali ini sambutan di Batu Balai agak meriah kerana buat korban lembu eyo dan kawaan-kawannya. Mok Bidah dengan pok Su berkorban...

umi pulak bekorban di Pengkalaan Chepa, bersama ayah ngah, abe khir dan lain-lain. Terpaksa la che wo wakilkan umi sebab abah dan anak-anak tak nak balik ke PC...

Di PC pulak suasana raya dalam keadaan kelam kabut sikit, sebab macam-macam agenda dimasukkan sekali semasa sambutan hari raya pada tahun ini.

Pada raya kedua bila umi sampai aje di rumah, tengok ayah chik dah pun sampai.

Lepas tu ada acara sembahyang sunat hajat di rumah mok teh, berdoa semoga mak andak(isteri abe nd) selamat bersalin dengan baik, sekarang dahpun masuk lapan bulan kandungannya.
Bila scan doktor kata kandungannya songsang... tak apa sebab sekarang dah moden dan ada macam-macam peralatan... harap-harap semuanya akan selamat.

Pagi hari raya ketiga mak tam(kak ti) asraf dan abe nd bersama isteri balik ke destinasi masing-masing. Rasanya dalam kul 10.30 kut. Dalam kul 2.00 ptg kak ti call katanya baru dok kat keroh... jalan nak blik kl jem gileer... tu la tak bwak roti sangat.

Pagi tu jugak kita orang bersedia pulak untuk agenda seterusnya iaitu ada rombongan nak merisik kak yan pulak... umi,kak pah dan anak-anak ke Hypermarket pantai timur beli peralatan nak buat triffle untuk bagi pada rombongan tu nanti.

Kami masak dengan chik dah (adik umi yang bongsu)sekali.
Petang masa majlis nak berlangsung berkumpul lah kami yaang mana ada, ayah ngah,pak muda ngan anak-anak. Nak tau apa yang pok muda bawa untuk buat pembasuh mulut...triffle juga tapi dalm bekas kecik-kecik, apa pulak kuih yang rombongan tu bawa juga triffle... weh... apa nak jadi ni sema fikir nak buat benda yang sama... tentu adaa keserasian kata kak chik pulak...

Majlis berlangsung dalam suasana ringkas... yang tak syoknya jejaka idaman yang merisik kak yan tak datang jadi kami tak daapat nak kenallah.

Tapi tak apa masa masih panjang...

Hari raya keempat iaitu pada isnin kita orangpun balik ke Penang.Nasib baik jalan clear... hujapun sekejap aje.

Bila call kat kg pada 5.30 petang nak maklumkan kesampaian kami sekeluarga ke Penang, ayah teh kata hujan tak berhenti dari pagi lepas kami bertolak. Sekian perjalan Kami pada kali ini, nanti sambung lagi sebab kami akan balik kampung lagi pada 11/12/2009 ada agenda yang lebih besar sedang menunggu.... tungguuuuuu...

Friday, November 20, 2009

SPM dahpun bermula...

Pada 18/11/2009 bermula spm
Paper BM, sej dan BM
Semua pelajar katakan agak senang
Berdebar menunggu hari kedua pulak
19/11/2009
Sejarah kertas 2
Depa kata semua soalan senang
Tak tau lee nanti result macaamana... tunggu...

Saat Kak Chik mendapat result UPSR...



Pada 19/11/2009
Debaran terasa bagi setiap calon yang akan mendapat result UPSR
Bagi umi ,ianya satu detik yang amat gementar, apatah lagi kata pukul 11.30 pagi, umi dalam perjalanan abah dah call kata majlis akan berlangsung... tengok jam baru kul 11.10 am.
Tiba di sekolah sksr,
Umi tengok peljar dah beratur...
Tak nampakpun kak chik...
Tapi rupanya dia kecik ada di sebalik orang lain...
Debaran makin menurun... dah tahu la kak chik dapat 5A....tahniah buat kak chik dari kami sekeluarga.
Semua sedara mara dan kekawan mengucapkan tahniah kepada kak chik...

Thursday, November 12, 2009

Kak Cik Melancong Di KL...

hari ini pada 12 Nov 2009, kak cik pergi ke kl mengikut rombongan pelajar lepasan upsr. dari rumah pada jam 4.30 pagi dalam hujan yang lebat, abah hantar kak cik ke sekolah untuk naik bas ke kl...

Dalam kul 9.30 pagi kak sms , katanya kat bataang berjuntai.

Kemudian kak cik call katanya dah sampai Bukit Kiara....kira kl le tu.

Petang pulak masa adik sms katanya ada kat jalan, on the way balik hotel lepas habis ronda muzeum, zoo dan sebagainya.

Pasai apa kalu pi kl mesti pi zoo ngan muzeum??? Umi pun tak paham.......

Yang pasti itu lah jadual lawatan bagi budak-budak sekolah rendah... esok sambung lagi .......

CUTI SEKOLAH MAKIN HAMPIR...

Cuti sekolah sudah semakin hampir... namun bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan spm dan stpm adalah satu cabaran yang menanti mereka pada tahun hadapan.

Bagi seorang guru kecemerlangan dan kesejahteraan hidup adalah harapan yang diharapkan...

Doaku pada anak-anak muridku agar dapat menghadapi cabaran dan tentukan hala tuju dalam kehidupan.

Minggu depan juga adalah saat yang mendebarkan bagi umi, kerana kak cik akan mendapat result upsr. Semoga kak cik mendapat keputusan yang cemerlang.

Tungguuuuuuu.........

Friday, October 30, 2009

Farewell senior, AIGS, 2009

30 Okt 2009 , 8.00 malam di E&O hotel pelajar tingkatan lima telah mengadakan farewell.
Turut hadir puan pengetua,pk-pk dan guru-guru kelas yang lain.
wah!!! bukan main lagi puteri-puteri almashoor, glamor habis dengan baju tema hitam putihnya.
Tambah dengan dengan amaani yang jadi mc pada malam tu!!! lagi riuh jadikan
jamuan pada malam itu...

gambar masa kak cik pergi ke Mukah Head, Teluk Bahang.

Saturday, October 24, 2009

Perkhemahan di Teluk Bahang,Okt. 2009

Achik dan semua kawan-kawannya telah pergi camping di Mukah head teluk bahang iaitu bermula pada 23 okt pagi hingga 24 okt petang.
aktiviti lepas upsr....
gambar tak dapat nak masukkkan lagi coz camera dok ngan cikgu dia..
nanti akan masukkan gambar-gambar itu untuk tatapan semua.

Gambar semasa sambutan nraya di pejabat abah, 2009 tanpa angah





Wednesday, October 21, 2009

ini yang paling kecik

ini yang paling kecik buat masa ni.
nama nurul nadiah atau adik
berada dalam tahun 2 sksr,penang.
suka merajuk....

Ini Achik

Ini yang nombor tiga.
tengah tunggu result upsr
harap-harap good result
namanya nurul huda atau panggil achik...

Ini lelaki idaman malaya


Ini angah yang nombor dua

seeorang jee lelaki

menjadi lelaki idaman malaya

dalam tingkatan satu di mrsm balik pulau

Tuesday, October 20, 2009

Anak-anakku...

Tengah tunggu lailatulqadar ke...?

Yang sulongnya baru abis exam.. tengah joli gilerr... sebelum exampun asyik tidoq inikan pulak lepas exam lagi leeee keja tidor aje leee........

Suasana Pembelajaran anak-anak


Sekarang suasana agak tenang di rumag, sebab yang sulong baru aje abis exam pmr, achik pulak baru abis upsr.Tinggal yang kecil aje...atau adik yang akan exam akhir tahun..angah pulak dok asrama mrsm...jadik tak de maasaalah dengan pembelaran dia. Harap-harap dia dapat result yang bagus dalam exam akhir tahun nanti. Harapan yang selalu tinggi menggunung bagi yang bergelar umi...


Adik pulak baru nak melangkah, ikut jejak yang lain...almaklum baru darjah dua dan manjee abis.

my family's pic

my family at Langkawi Island.
my children.

my husband. <3

my family

Kami dari Kelate tetapi bermastautin di pulau pinang. Kini anak-anaku tidak lagi mengaku orang kelate. Perjalanan kami yang begitu lama di bumi pulau mutiara telah membawa bermacam cerita suka duka dan pahit manis kami sekeluarga.