motivasi diri

jangan berjalan depan saya, saya tak dapat ikut...
jangan berjalan belakang saya, saya tidak boleh menjadi ketua yang baik
berjalanlah disebelah saya,kerana kita dapat bekerja bersama-sama...

Monday, December 28, 2009

Bercuti Ke Pulau Langkawi

di atas jambatan gantung di gunung mat chinchang
Dalam cabel car

Di Under Water Wall



Di makam mahsuri













Sempena cuti menyambut hari Natal kami sekeluarga telah mengambil peluang untuk bercuti dengan keluargaa di Pulau Lagenda. Percutian yang tidak dirancang, sebab umi masih lagi mark paper SPM dan belum siap. Atas desakan semua umi terpaksa mengalah dan ikut serta dalam percutian tersebut selama 3 hari dua malam. sampai aje di jeti Kuala Kedah tepat jam 12.00 tengah hari. Beli tiket feri yang terawalpun pada jam 2.30 petang. Terpaksa lee lepak dulu kat situ. Dalam keadaan hingar bingar, dengan sakit kepala dan sebagainya.





Fikir pula nanti kalu dah sampai nak dok mana, nak naik apa ... Akhiir nya jumpale dengan agen yang ada disitu untuk bertanyakan tentang bilik hotel dan kereta sewa... Macam-macam pandangaan dari satu kaunter ke satu kaunter yang lain... harga bilik bukan main lagi, siap ada surcage musim perayaan. Akhirnya kami menemnpah hotel Bahagia, ingatkan tentulah bahagian namun hampeh... bilik kocik ajee. Anak-anak tak puas hati... buat tak tau aje leerr.





Sampai aje siap dapatkan kete, wira you... enjin turbo lagi.





Lepas mandi dan solat mana lagi tempat tujuan, udah tentula ngisi perut yang kekosongan... pi mai pi mai makan kat kedai mamak juga... Cite rase penang jugak.





Lepas tu mana lagi kalu dok pi pekan kuah. Tentulah ronda kedai pinggan mangkuk HIG, Ram.





Last beli coklat balik... sebab adik kata dia dah loteh.





Esok pagi-pagi dah bersedia untuk meneruskan perjalanan:





1. makam mahsuri sebab adik kata dia tak pi lagi, oghe lain kena ikut jee.





2.Galeria Perdana





3. Pantai pasir hitam





4.Telaga tujuh, disini jumpa dengan Ustaz Salleh dan keluarga.Ingat nak pi langkawi cable car, ustaz kata oraang berbaris panjang berbatu-batu.... sebab jalan kat situ batu, kalu kayu berkayu-kayu...heee.





Naik ke telaga tujuh, satu aje yang sampai, itupun dah nak pengsan dibuatnya... adik siap mandi di air terjun kawasan tersebut.





Lepas tu dengan semangat menggunung kami ke





5. under water wall, nak tengok ikan macam tak pernah tengok ikan pulak.





Makan tengah hari dan terus balik ke hotel sebab sema dah letih. Petang keluar pulak, mana lagi ke dataran lang leee ambik gambor sambil cuci mata dikedai bebas cukai di jeti kuah.





Lepas tu ke idaman suri, dah masuk mestilah rambang mata... beli jangan tak beli. Ikutkan hati sema nak beli tapi ingatkan nak bawa susah dan ongkos banyak nak guna masa buka sekolah nanti,, umi tabahkan hati. Beli le juga sudu , garfu, senduk dan satu set cawan.





Balik tidoq.





Esok pulak pagi-pagi dah bersiap nak ke cable car takut orang ramai, sampai sana pukul 8.00 pagi orang dah beratur, caunter buka kul 9.30pg. Penat beratur...dah sampai masa naik cable car tuhan aje yang tau.Akhirnya sampai jugak... dan sia lagi naik jambatan gantung .Angin kuat gileeer.





Tengok lah gambar kami sekeluarga di Pulau Lagenda....25 hingga 27 Disember 2009.










Saturday, December 19, 2009

balik kampung dan kenduri kahwin...


Abah, achik dan hajar


Kak Ti










Mohd roy sedang bersedia untuk akad nikah...yang berjanggut tu
ayahanda mentua ...










Tanggal 11 Dis, kami sekeluarga telahpun pulang ke kampung. Kali ni berlainan sikit sebab kita orang balik pada waktu petang dan sudah tentulah perjalanan pada waktu malam.Alhamdulillah kami selamat sampai di kampung tepat pada jam 11.30 malam
Esoknya bermulalah segala persiapan untuk kenduru kahwin kak ti atau mak tam
Pada pagi 13 Dis bermulalah detik bersejarah dalam hidupnya... iaitu majlis akad nikah telah berlangsung di masjid panji pada jam 11.00 pagi. Dengan tiga kali lafaz mak tam dah selamat jadi isteri kepada mohd roy...










Kenduri berlangsung dengan gilang gemilang... lihat gambar-gambar kenangan majlis tersebut.