motivasi diri

jangan berjalan depan saya, saya tak dapat ikut...
jangan berjalan belakang saya, saya tidak boleh menjadi ketua yang baik
berjalanlah disebelah saya,kerana kita dapat bekerja bersama-sama...

Wednesday, April 11, 2012

Masak Kek Koko Kukus


Dah lama tak masak...
Resepi ni pulak dah lama dapat dari my student...
Hari ni bila cuti hari pertabalan YDPA rasa nak masak... try cuba buat, alhamdulillah menjadi pulak... buat pulak dalam dua versi iaitu kukus dan bakar.
Sedappp boleh cuba di sini saya sertakan resepinya

Bahagian A
3 cawan tepung
2 cawan serbuk koko
3 camca teh soda bikarbonat
Semuanya diayak bersama

Bahagian B
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 cawan gula
2 ketul butter
Dimasak sehingga butter cair dan sejukkan

Bahagian C
4 biji telur dipukul sedikit
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:
Apabila bahan B telah sejuk masukkan A berselang dengan CMula dengan A dan akhir dengan A.Esen vanila,
Lenser acuan dengan butter dan tabur tepung. Masukkan adunan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh juga masukkan dalam cup macam saya buat, saya juga bakar.ok jugak.

Keputusan SPM 2011

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak smka(p)almashoor kerana telah memberi kegembiraan kepada ibu bapa dan guru-guru dengan kepusan yang amat meberangsangkan.
Bagi saya sebagai guru mata pelajaran sejarah amat bangga dengan pencapaian anak-anak tahun 2011, semoga anak-anak pada tahun 2012 akan memberikan lebih komitmen dan sepenuh perhatian dalam mempelajari mata pelajaran sejarah dan juga mata pelajaran yang lain.
Keputusan sejaeah pada tahun ini walaupun tidak gemilang tetapi tetap cemerlang cuma pencapaian A+ sahaj yang tidak meningkat yang lain alhamdulillah.
A+ 19 pelajar sahaja
A 43
A- 33
B+ 4
B 4

Sunday, February 12, 2012

Penang- kepong FRIM-Bukit Tinggi-MRSM Pengkalan Chepa




Salam, sempena cuti maulidur rasul pada 5/2 hari tu, kami sekeluarga telah ke Kepong kerana menghadiri majlis menyambut menantu Khadijah yang telahpun akad pada hari raya aidil fitri yang lalu. Sebab pengantin perempuan terpaksa balik ke kampus menghabiskan pengajian, majlis menyambut menantu ditunda sehingga maulidur rasul tahun 2012. walau apapun semuanya berjalan dengan sempurna dan lancar.

Selepas kenduri kami sekeluarga terus ke Karak...rumah kak ros anak sedara abah yang menetap disana.Esok nya kami sekeluarga telah pergi ke Bukit Tinggi. Tercapai lah impian anak-anak untuk ke Bukit Tinggi. Tapi kami sekeluarga hanya dapat bergambar di kawasan perumahan peranchis sahaja. Kawasan Jepun tak dapat masuk sebab orang ramai dan tak dapat parking...tapi sekurang-kurangnya dah jejak kaki di Bukit Tinggi.

Selepas itu kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Raub pahang, singgah makan tengah hari di rumah Pak Tengah(abang abah) yang menetap di Raub.

Selepas berehat sekejap kami sekeluarga meneruskan perjalanan balik ke Kelantan kerana pada 8/2 kami mesti mendaftar angah di MRSM pengkalan chepa(BITARA).
Singgah semalam di Batu Balai, 7/2 meneruskan perjalanan ke Pengkalan Chepa.
8/2 mendaftar angah di MRSM Pengkalan Chepa. Kini angah berjauhan dengan kami sekeluarga namun berdekatan dengan sepupu, tok, mak dan pak sedara dia.

Friday, January 6, 2012

Sepanjang Cuti Sekolah 2011

Salam, dah lama tak menulis, sibuk ngan pelbagai kerja tambahan pulak sekolah dahpun dibuka sekarang. Pelbagai perkara yang perlu dibuat perancangan.
Sepanjang cutipun kerja bertimbun-timbun. Anak sulong pula menghadapi peperiksaan SPM.Jadi orang lainpun tak boleh nak pi mana-mana. Anak nombor dua sedang menunggu PMR.
Alhamdulillah bila tanggal 22/12, keputusan PMR akan diumukan...anak no dua atau angah telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A.Tahniah dari kami sekeluarga, saudara mara dan sahabat handai...kini dia akan mendaftarkan diri di MRSM balik Pulau tempat dia belajar sebelum ini. Kalau ada rezeki insyaallah dia akan berpindah ke MRSM Bitara..sebagaimana yang di Pohon. Kalu daapat kalu tidak terus la berada d MRSM Balik Pulau.Itu yang terbaik untuk nya.

Semasa cuti sekolah juga akami berpeluang balik kampung bertemu sanak saudara. Sempat menziarah rumah diSg Sok, tempat yang lama tak pergi.

Masa cuti juga kami sekeluarga bercuti d Pulau langkawi.

Friday, October 21, 2011

Perkembangan Sepanjang Tahun 2011





Sudah hampir setahun tidak updatekan blog ini.
Sepanjang tahun 2011 bermacam-macam perkembangan yang berlaku.
Anak-anak semua dah meningkat umur...tahun ni dua orang yang akan mengambil peperiksaan penting.

Along akan ambil SPM pada penghujung tahun , manakala angah telahpun selesai PMR nya tatkala blog ini ditulis.Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang....itulah harapan setiap ibu bapa pabila anak-anak menghadapi peperiksaan. Insyaallah.

Pada tahun ini juga keluarga dikejutkan dengan berita yang abah(suami ) telah terkena serangan jantung... peringkat awal ingatkan biasa-biasa aje namun setelah d buat pemeriksaan terperinci, abah telah disahkan saluran jantung yang tersumbat adalah tiga. Doktor telah meminta supaya abah membuat pembedahan pintasan koronori jantung. Tapi terpaksa tunggu giliran.

Bermula dengan pelbagai aktiviti di sekolah akhirnya masa telah berlalu dengan begitu pantas. Pada tahun ni juga mak teh(kakak) pergi menunaikan ibadat haji d Kota Makkah. Semoga mak teh dan pok teh beroleh haji mabrur...Itu juga yang menjadi harapanku untuk mendapat jemputan ke sana juga pada satu masa nanti...Ini mak teh sebelah umu.
mak teh dan pak teh sebelah abah pun pergi menunaikan haji di Kota makkah.

Sempena aidil fitri yang lalu anak sedara sebelah abah telah selamat di ijabkabulkan, bertambah lah lagi ahli keluarga kami.

Bersama-sama ini diletakkan gambar-gambar kenangan sepanjang tahun 2011.

Friday, February 4, 2011

Sekolah Bermula dan macam-macam aktiviti...




Sekolah dah pun bermula, mula la sibuk ngan pelbagai aktiviti. Ada program motivasi dam kem yang perlu dilaksanakan. Latihan sukan dah pun bermula seawal minggu keempat lagi. Bukan apa sebab terpaksa tempah padang. Nak harapkan padang sendiri memang tak dok... punya tunggu sekolah baru tak tau la bila nak siap.

Cerita pasai sekolah baru dah bertahun dan boleh kata berzaman... dari tahun 19 dah masuk 20.. tapi apapun tak nampak. nampak kawasan yang telah dipagar namun bagunan belum menjelma...tunggula sampai bulan tiga ni, tengok perkembangan.

Kem pengawas dahpun bermula, motivasi pelajar kelas exam, kem kepimpinan koko, kali ini buat untuk menguji pelajar...program ikhtiar hidup..masak dan buat khemah dan gadjet.

Tapi rasanye tak ada la mencabar sangat.
Yang penting sekarang mengejar masa untuk habiskan sukatan , supaya pelajar dapat membuat ulangkaji dengan lebih banyak dan insyaalah mencapai kecemerlangan terutama dalam mata pelajaran sejarah.

Bersama ngan ni di tampalkan beberapa keping gambar masa kem kepimpinan koku.

Tuesday, December 28, 2010

Cuti Sekolah Jalan-Jalan Makan Angin

Cuti sekolah bermula.
Kami sekeluarga berjalan-jalan di Kuala Lumpur
Sambil menziarahi keluarga di sana kami juga mengambil kesempatan untuk pergi ke MAHA yang saban tahun diadakan di Serdang Selangor.
Pada Kesempatan ini juga kami sempat berjaalan-jaln di Sun way Lagoon, Ke KLIA , kebetulan ada anak sedara yang akan berangkat ke Jepun. Sempat lagi naik keretapi dan akhir sekali naik LRT ke Sogo.... shopping di sepanjang Jalan Tunku AbbdulRahman, Kl.